Popular Posts

Thursday, February 3, 2011

DOA bUAt D.I.A

Selamat malam semua..
asal malam je terasa nak tulis sesuatu dalam blog..hurmm..
dah jadi "blog addict" aku nie.

bila malam je aku terasa sunyi..sepii...
hurm..
nak tido tp x dapat,
bila malam je macam2 buat aku terpikir dan terus berpikir
memikirkan sesuatu yang aku sendiri tak pasti,
kalaulah mata nie boleh terus pejam tanpa memikirkan segalanye...

hurm..korang pernah rase macam nie tak??

ha entry malam nie jiwang ckit..heh..
sperlah sjer nak kongsi..

jom bace ape tulis kat bawah tue..
sama-samalah kita hayati.

 >>Coretan Hati Yang Sepi <<


Masih terasa sendiri,
ape yang aku mahu dalam hidup aku..aku sendiri pun tak pasti..


aku dah dapat ape yang aku inginkan..kerjaya ku
aku dah bersyukur dengan semua tue,
tersangat bersyukur
terima kasih YAALLAH..


aku amat mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepadaku...


YAALLAH mungkin kah aku merindui seseorang yang telah lama aku tak temui,
yang telah lama aku rindui selalu.
jika itu yang selalu mengganggu tidur malamku,
kau tabahkanlah aku untuk tabah dan sabar,
kau sentiasa dekatkanlah hatiku denganmu YAALLAH.


kenapa aku terasa sesuatu perasaan yang aneh
perasaan yang begitu asing dalam diriku
perasaan yang tidak pernah ku alami sebelum ini..

indahnye perasaan ini
akan ku syukuri kurniaan ini.



salah kah aku jika ada perasaan begini?
berdosakah aku atas perasaan yang timbul ini?
YAALLAh jika ini kurniaamu bagi setiap insan
akan ku syukuri nikmat kurniaan ini
agar aku tidak terpesong kearah yang memudaratkan dan membinasakan,
agar aku tidak terjatuh dlam jurang nafsu,
agar aku tidak jauh dari hukum yang telah ditetapkan.


jika dia telah diciptakan untukku,jika dia adalah yang terbaik untukku
peliharalah perasaan ini selamanya,
agar tiada rasa benci dan putus asa seperti yang dialami ketika ini,
agar sentiasa ada sayang dan cinta yang takkan pernah padam,
agar sentiasa mencintai dan dicintai ke arah jalanmu YAALLAH,


dan,


jika dia masih bukan dicipta untukku,
jauhkanlah rasa sayang dan cinta ini
tapi jangan sesekali ada rasa benci di hati ini,
walaupun mungkin dia bukan milikku lagi
biarkanlah aku untuk merasa bahagia bila melihat dia bahagia,
biarkan aku sentiasa mendoakan kebahagiaanya,
walaupun mungkin aku yang terluka.

No comments:

Post a Comment